Masa terus berlalu dan pada tahun 1963 Madrasah Al Ulum bertukar nama kepada Sekolah Menengah Ugama (A) Al Ulum ( di bawah urus tadbir Yayasan Islam Kelantan ). Kewujudan sekolah agama ini telah membuka ruang kepada warga sekitar untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan agama secara formal di SMU(A) Al Ulum. Bangunan yang lebih kuat dan kukuh telah dibina pada tahun 1963, bersebelahan dengan Masjid Mukim Padang Embun. Dengan kata lain sekolah dalam perkarangan masjid.
Masa terus berlalu, SMU(A) Al-Ulum Padang Embun terus berkembang dan jumlah pelajar makin ramai. Jika sebelumnya pendidikan hanya ditawarkan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 sahaja, namun kelas Tingkatan 4 mula dibuka kepada pelajar. Sehubungan itu mata pelajaran Akademik dan Mata Pelajaran Agama Arab berjalan serentak.
Masa terus berlalu dengan pelbagai pencapaian akademik dan ko akademik. Pada 12 Ogos 2008 termeterilah perjanjian MOU di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Malaysia di Balai Islam Lundang. Maka SMU(A) Al Ulum telah didaftarkan sebagai salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau SABK. Segala bantuan berbentuk pembangunan fizikal sekolah dan Kakitangan dan Guru mula disalurkan oleh KPM dan di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JPN Kelantan. Hinggalah kini 2017, pelajar di SABK SMU(A) Al Ulum Padang Embun sudah mencapai hampir 300 orang pelajar. Tahun 2016 adalah tahun pertama Al Ulum Padang Embun melahirkan pelajar yang mengambil peperiksaan SPM.
SIAPAKAH yang pernah menjadi Pengetua atau Mudir selama wujudnya SABK SMU(A) Al Ulum Padang Embun?
Sejauhmanakah perkembangan pembangunan fizikal SABK SMU(A) AL Ulum ?
Berapa ramaikah guru-guru akademik dan Agama serta apa kelayakan yang ada pada guru-guru di Al Ulum ?
Sejauhmanakah perkembangan pembangunan fizikal SABK SMU(A) AL Ulum ?
Berapa ramaikah guru-guru akademik dan Agama serta apa kelayakan yang ada pada guru-guru di Al Ulum ?
tungguu.........